20 kakitangan FAM ditamatkan perkhidmatan

by Oh! Semput


7
SHARES
96
VIEWS
Posted on 03 Apr 2017 17:01:11

KUALA LUMPUR, 6 Rejab 1438H, Isnin – Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin memaklumkan, seramai 20 kakitangan pentadbiran dan teknikalnya ditamatkan perkhidmatan, hari ini.

Katanya, ia bertujuan memastikan badan induk bola sepak negara itu menjaga dan mengawal kewangan serta membolehkan perjalanan organisasi berkenaan mencapai sasaran yang dituju.

“Presiden FAM Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan barisan Exco telah bersetuju untuk menyusun semula struktur organisasi FAM.

“Mereka (kakitangan yang ditamatkan perkhidmatan) telah dimaklumkan pada hari ini beserta notis dan tiga bulan gaji akan dibayar sepenuhnya sebelum 15 April ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, semua unit dan jabatan di FAM akan diseragamkan serta digabungkan mengikut organisasi yang telah ditetapkan.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts