'Kalau Muhyiddin sekali pun turun ke Muar, saya tetap lawan'

by Oh! Semput


5
SHARES
71
VIEWS
Posted on 09 Jul 2017 08:00:03

MUAR: Ahli Parlimen Muar Datuk Razali Ibrahim tidak gentar untuk mempertahankan kerusi Parlimen tersebut walaupun ia dianggap kawasan berisiko '50-50' buat UMNO pada pilihan raya umum akan datang (PRU14).

Bagi Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, proses demokrasi adalah lumrah dalam berpolitik.

"Sesiapa sahaja yang datang ke Muar dari parti lawan, kita akan hadapi, walaupun calon itu seorang presiden sebuah parti politik," tegas Razali yang telah berkhidmat sebagai wakil rakyat Muar selama tiga penggal.

Beliau mengulas cakap-cakap politik mengenai kemungkinan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tan Sri Muhyiddin Yassin bakal meninggalkan Pagoh untuk bertanding di Parlimen Muar.

Pada masa yang sama, Razali menyerahkan kepada kepimpinan tertinggi Barisan Nasional untuk menentukan calon yang sesuai untuk mempertahankan kerusi tersebut.

Pada PRU13 yang lalu, beliau memperoleh 20,867 undi menewaskan calon PKR, Nor Hizwan Ahmad, yang mendapat 19,221 undi.

: Siakapkeli

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts