“Saya bagi 24 jam, kalau tak buat permohonan maaf secara terbuka saya akan saman” – Rita Rudaini berang difitnah bercinta semula dengan bekas suami pertama

by Oh! Semput


34
SHARES
448
VIEWS
Posted on 11 Jul 2017 13:01:06

Pelakon terkenal, Rita Rudaini menerusi Instagramnya, memberi tempoh 24 jam kepada blogger Pisang Cheese untuk memohon maaf secara terbuka di atas penyiaran artikel yang berunsurkan fitnah; yang mendakwa beliau sudah kembali bercinta dengan bekas suami pertamanya, Akbar Sahari.

"Saya bagi 24 jam, kalau tak buat permohonan maaf secara terbuka saya akan saman" - Rita Rudaini berang difitnah bercinta semula dengan bekas suami pertama

“Saya bagi 24 jam, kalau tak buat permohonan maaf secara terbuka saya akan saman” – Rita Rudaini berang difitnah bercinta semula dengan bekas suami pertama

Di dalam artikel yang lepas, kami ada berkongsi artikel dan kenyataan dari pihak Akbar Sahari, seorang pengacara dan pengulas rancangan sukan di TV3 yang mana beliau juga memberi tempoh 48 jam kepada blogger itu untuk meminta maaf dan menarik balik artikel. Laporan polis bagaimanapun telah dibuat.

Artikel sebelum: Akbar Sahari bengang difitnah bercinta semula dengan Rita Rudaini, bekas isterinya

Sehubungan dengan itu, pihak blogger Pisang Cheese telah pun membuat permohonan maaf di Fanpage dan blognya, serta telah memadam artikel berunsur fitnah tersebut. Namun yang demikian, Rita ada menulis di Instagramnya, beliau mahu blogger itu membuat permohonan maaf di surat khabar, bukan hanya di blog semata.

Apa pun kita harap isu ini tak akan berlarutan lah ye.

Loading...
: Siakapkeli

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts