by Oh! Semput
Pelakon Kamal Adli meluahkan rasa syukur apabila bekas isterinya, aktres Uqasha Senrose, memudahkan urusannya untuk meluangkan masa bersama anak perempuan mereka, Hawra Uqaira.
Memetik laporan Gempak, menurutnya biarpun tiada sebarang perjanjian hadhanah secara rasmi, Kamal atau nama penuhnya Ahmad Kamal Ahmad Adli, 42, berkata persefahaman yang dicapai antara mereka dibuat demi kebaikan anak.

Screenshot
Bagaimanapun, pelakon filem Takluk: Lahad Datu itu berkata buat masa ini dia belum dibenarkan bermalam bersama puteri tunggalnya kerana memahami kebimbangan Uqasha terhadap pengalamannya menguruskan anak.

Screenshot
Artikel lain: Kamal Adli luangkan waktu bersama anak, Uqasha Senrose ucap terima kasih – “Maaf, ibu kerja pagi ke pagi”

Terdahulu, Kamal dan Uqasha sah bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada 12 Januari lalu selepas aktres itu memfailkan permohonan cerai pada 1 Oktober tahun lalu atas alasan tiada persefahaman.
Untuk rekod, pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada 4 November 2021 dalam sebuah majlis tertutup di Janda Baik, Pahang.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira yang dilahirkan pada 27 April 2024.
: Gempak (Asyikin Mayudin)