Kanak-kanak perempuan gigit tangan penculik

by Oh! Semput


8
SHARES
98
VIEWS
Posted on 25 Mar 2017 17:00:59


SARIKEI, SARAWAK - Seorang kanak-kanak berjaya melarikan diri dari diculik seorang lelaki bermotosikal, lapor Info Sarawak

Dalam kejadian malam tadi di depan sebuah kedai kopitiam, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan mangsa dipaksa oleh seorang lelaki naik ke motosikalnya yang berwarna merah sebelum memecut melarikan kanak-kanak itu tanpa disedari orang awam. 

Lapor Info Sarawak, ketika berada berhampiran Terminal Bas, mangsa bertindak menggigit tangan suspek dan terus melompat dari motosikal sebelum melarikan diri.

Ibu bapa mangsa yang berniaga di kedai kopitiam berkenaan berjaya menemui anak mereka semula di Terminal Bas tidak beberapa lama kemudian yang difahamkan terus membuat laporan polis pada hari kejadian. 

Bertindak di atas laporan ibu bapa mangsa, polis kini sedang giat memburu suspek yang dipercayai masih berada dalam daerah itu. 

Justeru, ibu bapa diminta mengambil langkah berjaga-jaga dan memantau pergerakan anak mereka bagi mengelakkan kejadian yang sama berulang lagi. -

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts