Kapal Angkasa SpaceX Tolak ISS Ke Kedudukan Tertingginya

by Oh! Semput


7
SHARES
86
VIEWS
Posted on 27 Jan 2026 04:00:20

NASA hari ini memaklumkan, Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) telah mencatat sejarah baru apabila berjaya mencapai ketinggian orbit tertingginya iaitu 262 batu atau kira-kira 421 kilometer dari permukaan Bumi.

Peningkatan ini berlaku selepas kapal angkasa SpaceX Dragon melakukan gerakan “reboost” pada hari Jumaat lalu.

Reboost merupakan proses penting bagi ISS kerana walaupun berada di angkasa, stesen masih terdedah kepada kesan seretan atmosfera yang menyebabkan stesen itu secara perlahan-lahan menurunkan orbitnya.

“Peningkatan semula seperti ini membantu stesen mengekalkan orbitnya, mengatasi seretan atmosfera dan memastikan makmal berada pada kedudukan yang sempurna untuk sains, operasi dan kapal angkasa yang melawat.” NASA.

Jadi, dengan bantuan kapal angkasa yang berlabuh, enjin roket digunakan untuk menolak ISS ke kedudukan lebih tinggi.

{suggest}

Kapal Angkasa SpaceX Tolak ISS Ke Kedudukan Tertingginya WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts