Kedai Kopi Caj Pelanggan 'Biadap' Dengan Harga Mahal dan Beri Diskaun Kepada Pelanggan Yang Sebut 'Tolong' & 'Terima Kasih'

by Oh! Semput


HOME Posted on 05 Sep 2016 01:00:15



Sepanyol, 4 Sep - Sebuah kedai kopi di sini memutuskan untuk mengenakan caj yang lebih mahal kepada pelanggannya yang disifatkan biadap apabila membeli di kedai kopi tersebut.

Pemilik Restoran Blau Grifeu di Llanca mengambil keputusan itu apabila dia merasakan sifat orang ramai kini yang tergesa-gesa sehingga lupa untuk bersopan santun.

Ideanya sangat mudah - jika pelanggan bersopan santun dan menyenangkan staf ketika membuat pesanan, harga kopi hanya akan dicaj sebanyak £2.52 (RM 13.70).

Sebaliknya, pelanggan akan dikenakan caj sebanyak £4.20 (RM 22.80).

Selain itu, pelanggan juga akan mendapat diskaun bonus jika menggunakan menggunakan perkataan 'tolong', 'terima kasih' atau mengucap 'buenos dias' (selamat pagi) kepada pelayan dimana harga kopi akan diturunkan kepada £1.09 (RM6.00).

Pemilik kedai itu, Marisel Valencia Madris percaya tindakannya itu telah membuat satu perubahan besar.

"Orang ramai kini sangat terkejar-kejar dan selalu lupa untuk menyebut 'tolong' apabila mereka meminta sesuatu

"Saya letakkan tanda sistem harga baru itu di tingkap dan banyak perubahan yang berlaku. Orang ramai kini lebih bersopan santun dan ini telah menjadikan kehidupan sehari-hari lebih baik", katanya.

Harga di kedai tersebut yang diletakkan dalam euro

Marisel, yang berasal dari Kolumbia berkata, orang-orang di sana lebih sopan apabila berhadapan dengan pelayan dan juruwang.

Wanita berusia 41 tahun itu juga berkata tindakannya itu terinspirasi dari sebuah restoran di Perancis, yang menawarkan diskaun berdasarkan kesopanan pelanggan. - Siakapkeli.my

Dailymail

Siakap Keli News

SUMBER ASAL


Leave a Comment:

Related News


loading...