"Kekerapan Makan Sosej Boleh Undang Kanser Merbahaya Terutamanya Leukaemia," - Dr Zubaidi Hj Ahmad

by Oh! Semput


22
SHARES
290
VIEWS
Posted on 09 Sep 2016 05:00:08


Sudah pasti ramai antara kita diluar sana sukakan sosej, ada yang dijadikannya sebagai pilihan makanan santai, ada yang jadikannya sebagai menu makanan harian dan pelbagai lagi.

Makanan ini memang disukai oleh kanak-kanak, malahan juga orang dewasa, sehingga ianya dijual meluas sehingga ke pasar malam atau di pasar raya.

Namun, satu artikel yang menarik perhatian admin di mana ia ditulis oleh  Dr Zubaidi Hj Ahmad yang menjadikan artikel yang dikeluarkan oleh American Cancer Society sebagai rujukan, di mana katanya kekerapan memakan sosej boleh mengundang risiko untuk terkena kanser terutamanya leukamia.

Jom kita baca apa yang ditulis oleh beliau.


Makanan segera sosej sememangnya menjadi kegemaran ramai tidak kira dalam kalangan kanak-kanak mahupun dewasa.

Ada beberapa fakta yang membuatkan kita berhati-hati sebelum mengambil sosej.

1) Kandungan bahan-bahan kimia di dalam setiap isi kandungan sosej. Sebagai contoh:

*Nitrite, Heterocyclic Amines (HCAs), Kandungan garam yang tinggi, Gula, High MSG, Pewarna, Pengawet

2) Banyak kajian saintifik membuktikan ia mengandungi bahan-bahan yang boleh membawa risiko kepada kanser terutama kanser usus colon dan pancreas

3) Bagi kanak-kanak yang sering makan sosej melebihi 12 batang setiap hari selama sebulan, meningkat risiko untuk mendapat kanser, terutamanya leukaemia.

4) Ibu hamil yang memakan sosej lebih pada sebatang setiap minggu akan meningkatkan risiko kemudaratan pada bayi dalam rahem. .

5) Meningkatkan risiko serangan sakit jantung

Seeloknya cuba kurangkan dan elakkan pengambilan makanan seperti ini.

- Siakapkeli.my

Siakap Keli News

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts