Kelajuan Muat Turun 5G U Mobile Diiktiraf Ke-8 Terpantas Di Dunia

by Oh! Semput


4
SHARES
52
VIEWS
Posted on 29 Sep 2026 11:00:16

Malaysia mencatat pencapaian membanggakan apabila dua syarikat telekomunikasi tempatan, U Mobile dan Yes diiktiraf dalam 5G Global Awards 2026.

U Mobile cemerlang dalam 2 kategori iaitu Kelajuan Muat Turun 5G,dan Ketersediaan (Time on) 5G, membuktikan rangkaian mereka semakin mantap dan mampu bersaing dengan penyedia antarabangsa.

Sementara Yes pula menonjol dalam kategori Ketersediaan 5G, menunjukkan liputan yang disediakan lebih konsisten untuk pengguna tempatan.

Pengiktirafan ini menandakan Malaysia semakin kukuh dalam arena 5G global, bersaing dengan negara besar seperti Amerika Syarikat, Australia dan Thailand.

Ia juga mencerminkan usaha berterusan kerajaan serta industri telekomunikasi untuk memperluas liputan dan meningkatkan kualiti rangkaian 5G, sejajar dengan agenda transformasi digital negara.

Lebih penting, pencapaian ini memberi keyakinan bahawa Malaysia mampu menjadi hab teknologi serantau.

Dengan sokongan infrastruktur 5G yang semakin baik, negara berpotensi mempercepatkan pembangunan ekonomi digital, menarik pelaburan asing, dan memperkasa inovasi tempatan.

Pengiktirafan ini sekali gus menjadi simbol kemajuan Malaysia dalam perjalanan menuju masa depan digital bertaraf dunia.

{suggest}

Kelajuan Muat Turun 5G U Mobile Diiktiraf Ke-8 Terpantas Di Dunia WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts