Enam maut kemalangan selepas hantar bakal haji

by Oh! Semput


5
SHARES
60
VIEWS
Posted on 28 Jul 2017 06:01:06

NARATHIWAT: Enam maut dalam kemalangan di Kampung Pohon Jerai, Bachok di daerah ini petang semalam ketika dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menghantar anggota keluarga mereka untuk menunaikan ibadah haji.

Menurut jurucakap polis di sini, dua lelaki dan empat perempuan maut manakala sembilan yang lain termasuk kanak-kanak cedera dalam kemalangan yang berlaku pada kira-kira 5.30 petang itu.

"Kemalangan berkemungkinan berpunca daripada pemandu yang keletihan dan memgantuk sehingga menyebabkan kenderaan pikap terbabit melanggar tiang elektrik," katanya kepada pemberita di sini.

Menurutnya, ketika kejadian mereka dalam perjalanan pulang dari Lapangan Terbang Hatyai selepas menghantar anggota keluarga mereka untuk menunaikan haji.

Jenazah enam yang maut dan mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Bachok, katanya.

-- BERNAMA

: Siakapkeli

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts