Kemaskini BIOS Yang Menyebabkan Konsol Legion Go Tidak Boleh Digunakan Bukan Salah Pengguna

by Oh! Semput


3
SHARES
42
VIEWS
Posted on 26 Aug 2026 03:30:58

Pada bulan lepas, terdapat laporan bahawa sejumlah pemilik konsol permainan Lenovo Legion Go yang mengatakan bahawa satu kemaskini BIOS khusus N3CN42WW telah menyebabkan konsol-konsol mereka menghadapi masalah boot loop ataupun tidak boleh dimulakan langsung.

Isunya ialah masalah ini hanya diperlihatkan pada sejumlah konsol Lenovo Legion Go, dan oleh kerana konsol ini mempunyai sejumlah konfigurasi berbeza, ia agak sukar untuk mengagak konsol yang manakah terkesan dengan isu ini.

Walaupun begitu, pihak Lenovo nampaknya telah mengambil masa untuk menguji konsol-konsol manakah yang terkesan dengan isu ini, dan mendapati bahawa isu ini dapat diulang di sekurang-kurangnya tiga konfigurasi konsol tersebut.

Pihak Lenovo mengatakan bahawa isu dengan kemaskini BIOS ini bukanlah salah pengguna, dan mengatakan bahawa pemilik-pemilik konsol yang terkesan dengan isu ini boleh menghantar konsol mereka ke pusat perkhidmatan pelanggan Lenovo, dan ia akan diperbaiki secara percuma.

Kedua-dua konsol Lenovo Legion Go dan Lenovo Legion Go 2 ditawarkan di Malaysia, dan kami telah bertanyakan kepada Lenovo Malaysia sekiranya isu ini telah dilaporkan oleh pengguna tempatan, dan jika mereka juga akan memperbaikinya secara percuma.

: Lenovo Forums

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts