Kementerian Digital Umum Pelantikan Ahli Lembaga Pengarah Untuk AI Malaysia Berhad

by Oh! Semput


4
SHARES
54
VIEWS
Posted on 11 Sep 2026 14:00:57

Kerajaan sebelum ini telah melancarkan AI Malaysia Berhad, iaitu sebuah agensi dibawah Kementerian Digital yang memfokuskan kepada penyelerasan agenda AI kebangsaan, mempromosikan penerapan AI yang selamat dan bertanggungjawab, serta memacu Pelan Tindakan AI Kebangsaan 2026-2030.

AI Malaysia Berhad juga akan memacu dlam memastikan Malaysia mencapai negara AI menjelang 2030 kelak.

Ahli Lembaga Pengarah yang dilantik untuk AI Malaysia dilihat adalah rentas daripada sektor awam dan juga swasta. Aireen Omar yang kini merupakan Ahli Lembaga Pengarah Tune Protect Group Berhad dan Profesor Adjung di Universiti Malaysia Sabah dilantik menjadi Pengerusi Lembaga Pengarah untuk AI Malaysia Berhad.

Selain itu, antara yang turut dilantik sebagai ahli Lembaga Pengarah adalah Datuk Fabian Bigar (Ketua Setiausaha Kementerian Digital), Ma Sivanesan (TKS, Kementerian Digital), Muhammad Afhzal (Ketua Pegawai Teknologi Digital, KWSP), Foo Yen Ling Adelene (Pengerusi Trendcell dan Pengarah MyTeksi).

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts