Kementerian Pertahanan Nafi Abai Balu Kapten Hasman

by Oh! Semput


HOME Posted on 02 Sep 2016 19:00:06





Pasir Mas, 2 Sept: Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari ini berkata pihaknya tidak pernah mengabaikan tanggungjawab dalam membantu balu arwah Kapten Hasman Hussin yang meninggal dunia akibat dihanyut banjir di Missouri, Amerika Syarikat pada Disember tahun lalu.

Menurut beliau, pada Januari, Mac dan April lalu, balu arwah, Hazwani Ahmad sudah pun menerima RM274,542.59 yang mana membabitkan pendahuluan gaji, insuran berkelompok, ganjaran pencen dan juga faedah ganti cuti rehat.

Menurut beliau lagi, balu arwah turut menerima pencen terbitan bulanan RM916.75 sebulan di bawah Lembaga Penentu Sebab (LPS).

"Saya sendiri pantau perkara ini dan dimaklumkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) semua perkara yang menjadi hak balu arwah sudah disempurnakan dan kita tidak pernah abaikan tanggungjawab dalam membantu balu arwah.

"Mungkin perkara ini timbul ada keperluan lain yang perlu ditambah.

"Saya minta syarikat yang terbabit dengan industri pertahanan boleh bantu untuk realisasikannya," katanya sebagaimana lapor Harian Metro.

Sebelum ini, Siakapkeli melaporkan tentang luahan hati Hazwani yang berkata dia merasakan nasibnya dan anak-anak tidak terbela selepas pemergian arwah. - Siakapkeli.my

Siakap Keli News

SUMBER ASAL


Leave a Comment:

Related News


loading...