by Oh! Semput
Percaya atau tidak, majoriti daripada rakyat Malaysia tidak tahu dengan terperinci tentang pangkat dalam pasukan Polis DiRaja Malaysia.
Ada yang tahu polis mempunyai pangkat-pangkat seperti konstabel, koperal, sarjan dan macam-macam lagi, tetapi tidak tahu susunan kedudukan yang betul dari bawah ke atas.
Sebagai rakyat Malaysia yang pritahin terhadap pasukan ini, kita seboleh-bolehnya perlu tahu akan susunan pangkat-pangkat ini.
Tetapi sebelum kita menyelam dengan lebih jauh tentang pangkat-pangkat dalam PDRM, adalah lebih baik kita mengetahui serba sedikit tentang wira Malaysia ini.
Polis Diraja Malaysia merupakan pasukan polis persekutuan berseragam di Malaysia. Pasukan ini adalah organisasi berpusat dengan ibu pejabatnya terletak di Bukit Aman, Kuala Lumpur.
Pasukan polis diketuai oleh Ketua Polis Negara (IGP) dan ketika ini jawatan ini dipegang oleh Tan Sri Dato' Seri Panglima Abdul Hamid bin Bador sejak 4 Mei 2019 sebagai Ketua Polis Malaysia ke-12.
Ditubuhkan pada 25 March 1807 iaitu 213 tahun yang lalu, perlembagaan, kawalan, pekerjaan, pengambilan, pendanaan, disiplin, tugas dan kuasa pasukan polis ditentukan serta ditadbir oleh Akta Polis 1967.
Dalam menjalankan tanggungjawabnya, RMP tetap juga dibantu oleh kumpulan sokongan Extra Constable Polis , Rizab Sukarelawan Polis, Polis Bantuan, Kadet Polis dan elemen perkhidmatan awam.
PDRM sentiasa bekerjasama rapat dengan pasukan polis di seluruh dunia, termasuk dari 6 negara jiran Malaysia yang berkongsi sempadan iaitu Polis Negara Indonesia, Polis Negara Filipina, Polis Diraja Brunei, Polis Diraja Thai, Pasukan Polis Singapura dan Keselamatan Awam Rakyat Vietnam.
Jika ditanyakan apakah sebenarnya tugas polis, ramai di antara kita yang akan menjawab menjaga keamanan negara sahaja. Namun, ia hanyalah salah satu daripada tugas PDRM.
Seksyen 20 Akta Polis menyebutkan tugas-tugas PDRM seperti di bawah:
Dari kelompok yang besar, PDRM terbahagi kepada 2 kategori iaitu Pegawai, dan Pegawai Rendah dan Konstabel.
Pegawai pula terbahagi kepada Pemerintah Tertinggi PDRM dan Pegawai-Pegawai Kanan Polis (bermula dari Inspektor ke Inspektor Jeneral Polis).
Pegawai Rendah pula melibatkan pangkat Pegawai Rendah Polis dan juga Konstabel.
Berikut adalah susunan dan organisasi lengkap mengikut pangkat dari atas ke bawah.
1. Ketua Polis Negara (IGP) : Inspector General of Police
2. Timbalan Ketua Polis Negara (DIGP) : Deputy Inspector General of Police

1. Pesuruhjaya Polis (CP) : Commissioner of Police

2. Timbalan Pesuruhjaya Polis (DCP) : Deputi Commissioner of Police
3. Penolong Kanan Pesuruhjaya Polis (SACP) : Senior Assistant Commissioner of Police
4. Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP) : Assistant Commissioner of Police
5. Penguasa Polis (SP) : Superintendant of Police
6. Timbalan Penguasa Polis (DSP) : Deputy Superintendant of Police
7. Penolong Penguasa Polis (ASP) : Assistant Superintendant of Police
8. Inspektor Polis (INSP) : Inspector of Police
9. Inspektor Percubaan Polis (P/INSP) : Probationary Inspector of Police
1. Sub Inspektor Polis (S/INSP) : Sub Inspector of Police
2. Sarjan Mejar (SJN/M) : Police Sergeant Major
3.Sarjan (SJN) : Police Sergeant
4. Koperal (KPL) : Police Corporal
5. Lans Koperal (L/KPL) : Police Lance Corporal
6. Konstabel (KONST) : Police Constable
Rujukan:
1. PDRM