“Kenapa Kami Tak Boleh? Kami Pun Bayar Roadtax” – Penganjur RXZ Members Perjelas Isu Tutup LPT

by Oh! Semput


5
SHARES
61
VIEWS
Posted on 15 Aug 2026 03:01:12

Pengarah Program RXZ Members, Mohd Lukhman Hassan menjelaskan cadangan untuk menutup Lebuhraya Pantai Timur (LPT) sempena program RXZ Members sebelum ini sebenarnya sekadar gurauan daripada pihak penganjur.

Menurut Mohd Lukhman, cadangan berkaitan penutupan lebuh raya itu pada asalnya dikemukakan oleh pihak Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), manakala pihak RXZ Members hanya berseloroh mengenai perkara berkenaan.

Advertisement

rxz members

“Pihak LLM yang mencadangkan, tetapi kami berseloroh mahukannya. Acara maraton penuh boleh menutup jalan negeri dan persekutuan selama 12 jam, tidak mengapa. Kenapa kami tidak boleh? Kami pembayar cukai jalan. Pelari bayar cukai jalan juga ke?

“Tetapi sebenarnya kami tidak mahu pun. Cuma nak beritahu, Malaysia boleh dan ada acara yang menutup lebuh raya,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Mohd Lukhman turut mengulas cadangan supaya peserta RXZ Members perlu menyertakan gambar motosikal ketika membuat pendaftaran.

Katanya, pihak penganjur terbuka menerima cadangan tersebut, namun mereka tidak mempunyai kemampuan untuk menentukan atau meluluskan spesifikasi motosikal yang dibenarkan menyertai program berkenaan.

“Kalau perlu memilih 100,000 pendaftaran, sekiranya tidak lulus, berikan terus komen mengenai perkara yang perlu diubah dan buat susulan dengan penunggang berkenaan sehingga lulus. Sebab itu sesi libat urus diperlukan lagi selepas ini jika mahu melaksanakannya. Macam hendak masuk PUSPAKOM, selepas ini kena buat tempahan,”jawabnya.

Mohd Lukhman berkata, pelaksanaan perkara tersebut memerlukan sesi libat urus yang lebih menyeluruh, khususnya jika pemeriksaan atau tapisan terhadap motosikal peserta mahu dilakukan pada masa akan datang.

RXZ Members Mahu Buat Permohonan Kepada LLM Agar Tutup LPT1 & LPT2 Khas Untuk Peserta Konvoi Terengganu

Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan supaya komuniti RXZ diberikan penghormatan sewajarnya dan tidak diperlakukan sesuka hati.

“Jika dipijak, kami pasti melawan,” katanya.

Beliau menegaskan bahawa komuniti RXZ lebih mementingkan rasa hormat berbanding wang ringgit.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

RXZ
2026-08-14 13:05:07

RXZ Members Mahu Buat Permohonan Kepada LLM Agar Tutup LPT1 & LPT2 Khas Untuk Peserta Konvoi Terengganu

“Kenapa Kami Tak Boleh? Kami Pun Bayar Roadtax” – Penganjur RXZ Members Perjelas Isu Tutup LPT first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts