Sony Umum 2 Fon Kepala Baru Untuk PS5, Akan Dilancar Awal 2027

by Oh! Semput


2
SHARES
24
VIEWS
Posted on 17 Sep 2026 07:30:14

Sony baru sahaja memperkenalkan 2 produk baharu audio untuk konsol PS5 iaitu PlayStation Pulse Wireless Headset dan Pulse Edge Wireless Headset.

Kedua-duanya direka dengan pemacu magnet planar yang diilhamkan dari studi yang menawarkan peningkatan kualiti bunyi, bass lebih mendalam serta ketepatan spatial yang membantu pemain mengesan bunyi halus seperti langkah kaki atau bunyi senjata ketika bermain.

Fon kepala ini menyokong PlayStation Link untuk audio lossless berlatensi rendah pada PS5, PlayStation Portal, PC dan Mac.

Mana-mana pilihan yang andapilih, kedua-dua set fon kepala ini direka untuk menyampaikan kualiti bunyi terbaik untuk pengalaman audio yang mengasyikkan semasa bermain dan hiburan.

Set fon kepala baharu ini juga boleh disambungkan secara serentak ke peranti Bluetooth yang menyokongnya.

Fon kepala ini dilengkapi mikrofon terbina dengan teknologi AI noise rejection memastikan komunikasi jelas ketika bermain dengan model Pulse Edge turut tersedia pilihan mikrofon boom boleh tanggal.

Kedua-duanya hadir dengan bentuk baharu yang lebih selesa, earcup boleh diputar, serta pilihan warna White dan Midnight Black.

PlayStation Pulse Wireless Headset ini akan hadir pada musim hujung tahun 2026 untuk pasaran terpilih, manakala Pulse Edge dijangka tiba awal 2027 di mana lebih banyak butiran pelancaran akan dimumkan tidak lama lagi, termasuk tarikh mula prapesanan, tarikh pelancaran dan harga rasminya.

{suggest}

Sony Umum 2 Fon Kepala Baru Untuk PS5, Akan Dilancar Awal 2027 WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts