KPM: Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2016, Ialah 16 Mac Ini

by Oh! Semput


2
SHARES
31
VIEWS
Posted on 10 Mar 2017 10:00:52


PUTRAJAYA: Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016 akan dikeluarkan Khamis minggu depan, kata Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). 

Calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas pukul 10.00 pagi. 

Kementerian berkata calon persendirian akan dimaklumkan keputusan mereka melalui pos atau mereka boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri tempat mereka mendaftar menduduki peperiksaan dahulu. 

Calon juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan keputusan SPM 2016 melalui mySMS 15888 yang perkhidmatannya akan diaktifkan bermula pukul 10 pagi pada 16 Mac dan ditamatkan pada 6 petang 22 Mac. 

Seramai 434,535 calon mendaftar menduduki SPM 2016 di 3,732 pusat peperiksaan di seluruh negara yang daripada jumlah itu, 377,194 calon adalah calon sekolah kerajaan, bantuan kerajaan dan sekolah agama bantuan kerajaan manakala 9,094 adalah calon sekolah di bawah agensi kerajaan selain KPM (contohnya Maktab Rendah Sains Mara). 

Seramai 7,931 calon pula adalah calon sekolah agama negeri, 12,847 calon sekolah swasta yang berdaftar dengan KPM, 25,713 adalah calon persendirian manakala baki 1,756 orang merupakan calon dari Sekolah Menengah Agama Rakyat. #sumber


http://www.pahangdaily.blogspot.com

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts