Kerajaan India Sahkan Siasatan Kebocoran Data Tata Electronics Yang Didakwa Dedahkan Dokumen iPhone 18 Pro

by Oh! Semput


4
SHARES
47
VIEWS
Posted on 03 Jul 2026 14:30:27

Kerajaan India mengesahkan sedang menyiasat insiden kebocoran data melibatkan Tata Electronics yang didakwa mendedahkan dokumen sulit berkaitan iPhone 18 Pro yang masih belum diumumkan secara rasmi oleh Apple.

Menurut laporan Reuters, perkara itu dimaklumkan Setiausaha Kementerian Elektronik dan Teknologi Maklumat India, S. Krishnan. Ia juga merupakan kenyataan awam pertama kerajaan India berhubung insiden berkenaan.

Menurut beliau, siasatan sedang dijalankan dan kes itu telah dilaporkan kepada Computer Emergency Response Team (CERT-In), agensi utama di negara itu yang bertanggungjawab mengendalikan insiden keselamatan siber.

Sebelum ini, beberapa laporan mendakwa data yang tertiris mengandungi pelbagai maklumat sensitif, termasuk maklumat komponen, senarai pembekal serta imej model iPhone 18 Pro. Menurut Reuters, sekurang-kurangnya enam fail yang bocor mendedahkan syarikat yang menghasilkan komponen tertentu bagi model iPhone 18 Pro

Fail-fail itu didakwa dimuat naik ke laman web gelap (dark web) oleh kumpulan ransomware World Leaks yang mencuri data daripada Tata Electronics, pembekal Apple di India.

Kebocoran itu turut disifatkan sebagai antara yang terbesar pernah melibatkan rantaian bekalan Apple. Jika maklumat yang didedahkan itu sahih, ia berpotensi memberikan gambaran lebih terperinci mengenai rantaian pembekal serta komponen yang digunakan dalam pembangunan iPhone 18 Pro.

Tata dilaporkan telah melantik sebuah firma perunding antarabangsa untuk menjalankan audit forensik. Selain Apple, dokumen yang dikaitkan dengan Tesla, Qualcomm dan TSMC juga didakwa muncul di dark web dalam insiden yang sama.

{suggest}

Kerajaan India Sahkan Siasatan Kebocoran Data Tata Electronics Yang Didakwa Dedahkan Dokumen iPhone 18 Pro WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts