Kerana Video Tarian Yang Pentingkan Konfiden Jadi Tular, Lelaki Ini Popular Sekelip Mata

by Oh! Semput


3
SHARES
44
VIEWS
Posted on 11 Jul 2017 08:01:11


Satu rakaman video menunjukkan seorang lelaki berbadan gempal sedang menari mengikut rentak K-Pop kini jadi tular dan menjadi perbualan hangat netizen dengan memuji kehebatan lelaki tersebut menari.

Rakaman video itu kini tersebar secara meluas di laman sosial Twitter yang rata-rata antara netizen memuji dan teruja selepas menonton lelaki terbabit menari dengan pantas serta seperti sama dengan gaya sekumpulan wanita yang turut menari bersamanya dalam rakaman video yang lain.

Semuanya bermula apabila lelaki terbabit yang dikenali sebagai Nazrin Ibrahim memuat naikkan rakaman video tersebut ke laman sosial Instagram miliknya dan tarik perhatian netizen sehingga mendapat ribuan perkongsian dan tersebar.


Sementara itu, ada segelintir netizen turut memuji tahap keyakinan diri yang ada pada diri penari terbabit yang dipanggil Nazrin itu kerana langsung tidak mengambil tahu tentang kecaman beberapa pihak berkaitan tariannya itu.



Walau bagaimanapun, telah terbukti ukuran badan bukanlah menjadi alasan utama kepada mereka yang berbadan besar untuk menari seperti Nazrin.

Yang menariknya, ada netizen berpendapat, gaya Nazrin dianggap sangat comel oleh mereka dan rata-rata diantara mereka menyatakan sangat berpuas hati serta terhibur dengan rakaman video tarian berkenaan.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts