“Tak Ada Rupa Kereta Dah..” – Ibu, Anak Maut Dalam Nahas Kereta Bertembung Lori Tangki Bawa Diesel Di Temerloh

by Oh! Semput


4
SHARES
57
VIEWS
Posted on 15 Aug 2026 03:01:11

Dua mangsa yang maut dalam nahas membabitkan sebuah kereta dan lori tangki di Kilometer 9 Jalan Temerloh-Triang semalam dipercayai merupakan seorang wanita berusia 37 tahun dan anaknya yang berusia 12 tahun.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Nasyim Bahron berkata, maklumat awal mengenai identiti kedua-dua mangsa diperoleh berdasarkan keterangan daripada waris.

Advertisement

Bagaimanapun, proses pengesahan identiti rasmi masih perlu dilakukan melalui ujian asid deoksiribonukleik (DNA).

“Bagaimanapun, pengesahan identiti kedua-duanya akan dijalankan melalui perbandingan ujian asid deoksiribonukleik waris. Siasatan lanjut juga sedang dijalankan bagi pengesahan identiti mangsa,” katanya di sini, hari ini.

Menurut Mohd Nasyim, kejadian berlaku kira-kira pukul 4.30 petang semalam apabila sebuah kereta dan lori tangki yang membawa muatan kira-kira 32,000 liter diesel terlibat dalam kemalangan sebelum terbakar.

Siasatan awal mendapati lori tangki berkenaan sedang dalam perjalanan dari Seremban menuju ke Temerloh, manakala Perodua Bezza terbabit dalam perjalanan dari Jerantut ke Seremban, Negeri Sembilan.

k

Ketika tiba di lokasi kejadian, lori tangki berkenaan dipercayai hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan.

Lori tersebut kemudian bertembung dengan Perodua Bezza yang dinaiki dua mangsa berkenaan sehingga menyebabkan kemalangan tragis itu.

Siasatan lanjut berhubung kejadian masih dijalankan pihak polis. – KOSMO ONLINE

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Asyraf wajdi
2026-08-14 15:23:24

Asyraf Wajdi Mohon Doa Orang Ramai, Dua Pelajar MRSM Alor Gajah Hilang Sejak 11 Ogos Lalu

“Tak Ada Rupa Kereta Dah..” – Ibu, Anak Maut Dalam Nahas Kereta Bertembung Lori Tangki Bawa Diesel Di Temerloh first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts