Kereta Terbabas Masuk Sungai, Lelaki Warga Emas Dilaporkan Hilang

by Oh! Semput


6
SHARES
82
VIEWS
Posted on 03 Oct 2026 04:30:33

Seorang lelaki warga emas dilaporkan hilang selepas Proton Wira yang dipandunya terbabas dan terjunam ke dalam sungai di Jalan Lubuk Segintah–Lubuk Kawah, Kuala Muda, awal pagi tadi.

Mangsa, Mat Yusof Hashim, 77, dipercayai sedang dalam perjalanan dari arah Jalan Kuala Ketil menuju ke FELDA Teloi Timur ketika kenderaan dipandunya hilang kawalan sebelum terbabas ke dalam sungai.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, pihak polis menerima maklumat daripada orang awam kira-kira jam 1 pagi berhubung kemalangan berkenaan.

Pada peringkat awal, mangsa dipercayai masih berada di dalam kenderaan yang tenggelam. Bagaimanapun, selepas Proton Wira itu berjaya ditarik keluar dari sungai menggunakan kren, pemeriksaan mendapati tiada mangsa di dalam kenderaan.

Keadaan itu mendorong pasukan bomba meneruskan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di sekitar kawasan sungai bagi mengesan mangsa.

Kenderaan berkenaan kemudiannya dihantar ke Balai Trafik Kuala Muda untuk tindakan dan siasatan lanjut berkaitan kemalangan.

Setakat ini, status warga emas berkenaan masih belum diketahui, manakala operasi SAR diteruskan bagi mencari dan mengesan mangsa. Punca sebenar kenderaan hilang kawalan juga masih dalam siasatan pihak berkuasa.

Kereta Terbabas Masuk Sungai, Lelaki Warga Emas Dilaporkan Hilang first appeared on #1 The News Malaysia.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts