Kesatuan Sekerja Micron Memberi Kebenaran Melakukan Mogok Meminta Bonus

by Oh! Semput


4
SHARES
50
VIEWS
Posted on 07 Oct 2026 14:00:31

Kesatuan pekerja Micron Technology di Taoyuan, Taiwan telah menerima kebenaran daripada ahli untuk melancarkan mogok berhubung pertikaian skim bonus dan perkongsian keuntungan syarikat. Sebanyak 1,994 ahli, mewakili 99% daripada pengundi, menyokong tindakan mogok. Tarikh dan bentuk mogok yang akan dianjurkan kelak belum dimuktamadkan lagi.

Taiwan merupakan hab pengeluaran penting bagi cip DRAM dan HBM milik Micron yang pada ketika ini menerima permintaan lebih tinggi daripada bekalan disebabkan letusan pusat data. Mogok yang dianjurkan sudah pasti akan mendatangkan impak ke atas bekalan memori global.

Micron mempunyai sekitar 15,000 pekerja di Taiwan. Dua kesatuan sekerja utama di Taoyuan dan Taichung mewakili lebih 80% tenaga kerja syarikat di negara itu. Rundingan dengan kesatuan Taoyuan telah gagal pada September, manakala rundingan dengan kesatuan Taichung masih berlangsung.

Micron telah mengumumkan bonus tunai NT$1 juta (~RM128,329) kepada pekerja Taiwan sebagai sebahagian ganjaran global selepas keuntungan. Namun begitu, kesatuan menegaskan bonus tersebut tidak menyelesaikan tuntutan mereka untuk sistem perkongsian keuntungan jangka panjang.

Kesatuan sekerja Micron jelas mengambil inspirasi tindakan kesatuan sekerja Samsung pada Mei lalu yang juga melakukan mogok. Selepas diancam dengan mogok 18 hari, Samsung bersetuju membayar KRW 40 trilion (~RM 122 bilion) dalam bentuk bonus kepada pekerja perniagaan semikonduktor. Sekitar 28,000 kakitangan dalam divisyen ini menerima bonus KRW 513 juta (~RM 1.6 juta) seorang.

– Nikkei Asia

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts