by Oh! Semput
Khairulaming hari ini melancarkan produk terbaru, iaitu Sambal Nyet Bilis, sekaligus berjaya sekali lagi mencatatkan rekod baru – berjaya menjual produk pada nilai mencapai RM2 juta dalam masa hanya 1 minit 59 saat.

Sebelum ini, pada 2024, Khairulaming mencatatkan jualan terpantas RM1 juta dalam masa 3 minit 28 saat, sebelum mengatasi rekod berkenaan pada 2025 dengan jualan RM1 juta dalam masa hanya 30 saat. Tahun ini, Khairulaming menyasarkan rekod jualan RM2 juta, dan berjaya melakukannya dalam masa hanya 1 minit 59 saat.
Pada siaran sama juga, Khairulaming turut memecahkan rekod jualan tertinggi dalam satu siaran langsung (GMV). Sebelum ini, nilai berkenaan adalah RM2.3 juta yang turut dipegang oleh Khairulaming, dan siaran langsung ini turut memecahkan rekod berkenaan.
Jualan langsung dilakukan menggunakan platform TikTok Shop, yang ditonton lebih 370,000 penonton. Siaran langsung TikTok Shop ini dilakukan pada Menara Maybank, iaitu menara kedua tertinggi di dunia.