KIMMA Anjur Gunting Rambut Percuma Rai Aidilfitri

by Oh! Semput


7
SHARES
88
VIEWS
Posted on 22 Jun 2017 06:01:03

GEORGE TOWN – Semua ibu bapa mahu supaya anak mereka kelihatan segak pada Hari Raya Aidilfitri nanti dan salah satu aspek penting untuk kelihatan bergaya selain pakaian ialah rambut.

Namun dengan meningkatnya bayaran upah menggunting rambut di kedai, ada kalanya turut membebankan kos terutama ibu bapa kurang berkemampuan yang mempunyai ramai anak.

Justeru Pergerakan Pemuda Kongres Indian Muslim Malaysia (KIMMA) Pulau Pinang menganjurkan Program Jom Gunting Rambut Percuma yang bertemakan Bergaya Sempena Hari Raya Aidilfitri di sini.

Menurut Ketua Pergerakan itu, Mohammed Hafiz Mohamed Abu Bakar, program itu bertujuan mengurangkan beban terutama ibu bapa pada sambutan Aidilfitri yang akan menjelang beberapa hari lagi.

Seramai 100 orang pelanggan terdiri daripada kanak-kanak, orang dewasa dan warga emas menikmati perkhidmatan menggunting rambut secara percuma pada program khas berkenaan.

Acara julung kali diadakan itu berlangsung di Bois Barber Shop, Taman Pelangi Indah, Lintang Sungai Pinang malam tadi. — BERNAMA

Loading...

: Siakapkeli

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts