Kioxia Lancar Memori Flash UFS v4.1 Untuk Aplikasi Dan Storan Berkapasiti Tinggi

by Oh! Semput


6
SHARES
76
VIEWS
Posted on 28 Jan 2026 04:00:20

Kioxia dari Jepun memperkenalkan memori UFS 4.1 berasaskan QLC yang direka untuk aplikasi baca intensif dan keperluan storan berkapasiti tinggi.

Memori baharu ini dikuasakan oleh teknologi memori flash 3D BiCS FLASHTM generasi ke-8 Kioxia.

Inovasi ini menawarkan kapasiti tinggi sehingga 1TB dengan saiz pakej lebih kecil (9×13 mm), menjadikannya sesuai untuk telefon pintar, tablet, PC, serta peranti AI dan IoT.

Dari segi prestasi, ia mencatat peningkatan ketara dengan keupayaan kelajuan tulis berjujukan naik 25%, bacaan rawak 90%, dan tulis rawak 95%.

Memori UFS 4.1 baharu dariĀ  Kioxia ini tersedia dalam kapasiti 512-gigabait (GB) dan 1-terabait (TB).

Faktor Write Amplification (WAF) turut dipertingkat sehingga 3.5 kali ganda, memberi kecekapan lebih baik dalam pengurusan data.

Selain itu, bukan sahaja serasi dengan piawaian UFS 4.1, tetapi turut menyokong versi terdahulu UFS 4.0 serta 3.1.

QLC UFS menawarkan ketumpatan bit yang lebih tinggi daripada TLC UFS tradisional, menjadikannya sesuai untuk aplikasi mudah alih yang memerlukan kapasiti storan yang lebih tinggi.

{suggest}

Kioxia Lancar Memori Flash UFS v4.1 Untuk Aplikasi Dan Storan Berkapasiti Tinggi WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts