Kisah “The Jungle Book” Berlaku Di India

by Oh! Semput


5
SHARES
59
VIEWS
Posted on 08 Apr 2017 04:00:51

Kisah

New Delhi: Seorang kanak-kanak perempuan yang dipercayai berusia lapan tahun ditemui hidup bersama monyet dan tidak boleh bercakap atau berjalan seperti manusia biasa, tidak ubah seperti dalam kisah dalam novel klasik The Jungle Book.

Kanak-kanak itu yang dilaporkan menjerit seperti monyet untuk berkomunikasi dan bergerak menggunakan kaki dan tangannya ditemui polis di kawasan hutan simpan terpencil di Bahraich, utara India.

Dia kini digelar ‘Mowgli perempuan’ sempena watak utama dalam The Jungle Book kerana persamaannya dengan watak nukilan penulis Rudyard Kipling mengenai budak lelaki dengan nama berkenaan yang dipelihara serigala.

Pihak berkuasa berkata, dia nampak selesa ketika berada bersama monyet di Pusat Perlindungan Hidupan Liar Katarniaghat, berhampiran sempadan Nepal.

Mereka masih cuba mengenal pasti identiti, tempat asal dan tempoh kanak-kanak itu hidup di dalam hutan.

's

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts