by Oh! Semput

Apakah yang anda impikan di dalam sebuah perkahwinan? Pastinya kebahagiaan adalah perkara pertama yang menjadi pertaruhan dalam sesebuah hubungan kerana segalanya mudah untuk runtuh jika tidak ada asas yang kukuh.
Apa yang anda saksikan nanti adalah realiti kehidupan pasangan yang mendirikan rumahtangga yang bahagia pada awalnya namun memilih jalan berpisah akhirnya.
Dibawakan dengan santai namun cukup untuk menjentik perasaan mereka yang pernah atau sedang melalui perkara yang sama lebih lebih lagi menjelang Aidilfitri yang bakal tiba nanti. Kami kongsikan beberapa perkara menarik tentang filem pendek ini.




Orang kata, keadaan rumahtangga Nora dan Kamil umpama telur di hujung tanduk, memang tidak dapat diselamatkan lagi. Jom tonton sama sama pengakhiran kisah mereka macam mana. Lagu di hujung video macam menghiris perasaan sikit, jadi kalau boleh sediakan tisu ya.
: Rotikaya