by Oh! Semput
Jaafar Taib tidak terkejut jika harga komik cetakan pertama Gila-Gila dijual lebih RM10,000 kerana nilai sentimentalnya. — Foto ihsan Facebook/Jaafar TaibPETALING JAYA, 20 Jun — Tidak mustahil harga senaskhah komik Gila-Gila terbitan pertama boleh mencecah RM8,000, kata Pengarah Urusan Jaafar Taib.
Beliau berkata komik popular pada 1980-an itu, kini dianggap “rare” dan barang bersejarah yang ada nilai sentimental, lapor Harian Metro.
“Komik lain, contohnya Superman terbitan pertama pada 1938, dijual pada harga RM3 juta.
“Majalah Gila-Gila era 1976 hingga 90-an dijual dengan harga RM5,000 untuk dua kotak, itu masih belum luar biasa kerana satu naskhah terbitan pertama dijual dengan harga RM8,000 pun boleh berlaku,” katanya.
Bulan lalu, seorang peniaga dalam talian menawarkan dua kotak majalah humor nasional pada harga RM4,900.
Kartunis itu juga optimis harga komik berusia hampir 40 tahun itu, boleh mencecah “lebih RM10,000 untuk naskhah terbitan pertama.”
Editor Gila-Gila Mohd Affandi Ramli pula berkata, naskhah awal yang dijual mahal bukan menghairankan kerana naskhah itu sudah menjadi barangan bernilai.