by Oh! Semput
Usahawan kosmetik, Datuk Seri Alha Alfa atau nama sebenarnya, Abdul Al Halim Mohd Al Fadzil telah berkongsi rezeki sempena Syawal kepada saudara-saudara kita di Palestin apabila menyampaikan sumbangan melalui Pertubuhan Cinta Gaza Malaysia.
Menerusi perkongsian beliau di media sosial, Alha telah menyerahkan replika Cek bernilai RM60,000 kepada Tuan Nadir Al-Nuri buat CGM untuk kegunaan rakyat di sana membuat persediaan pakaian raya di Aidilfitri.
Jelasnya, hakikat Syawal yang sebenar bukanlah hanya untuk kita sahaja, tetapi buat dikongsi kepada mereka yang memerlukan.
Jadi, sokongan kecil yang ditunjukkan ini menjadi bukti sokongan tidak terbelah bahagi kepada mereka supaya ada sinar untuk meneruskan kehidupan di sana.

Susulan daripada itu, Alha berharap agar usaha yang diberikan ini menjadi saksi keberkatan Ramadan kita semua.
Dalam pada masa yang sama, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang menyokong produk keluarannnya sepanjang Ramadan ini dan berharap segala pembelian tersebut mengalir menjadi pahala kita bersama.