Kumpulan Pelajar Perempuan 'Samseng' Belasah Rakan Bakal Digantung Sekolah

by Oh! Semput


159
SHARES
2073
VIEWS
Posted on 04 Aug 2017 04:01:12


Kementerian Pendidikan bakal menggantung persekolahan 10 pelajar perempuan yang terlibat dalam insiden membelasah rakan mereka di padang sebuah sekolah di Kunak pada 29 Julai lalu untuk satu tempoh yang akan ditetapkan kemudian sehingga pihak polis menyelesaikan siasatan terhadap kes tersebut. 

Memetik dari laporan Kosmo, Pihak kementerian telah menerima laporan berkaitan kes tersebut dan akan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis untuk menyiasat perkara tersebut sama ada insiden yang berlaku membabitkan perbuatan membuli atau atas sebab lain. 


Ketua Pengarah Pendidikan, Tan Sri Dr Khair Mohamad Yusof berkata, tindakan buang sekolah kepada 10 pelajar perempuan tersebut tida akan dikenankan kerana mereka juga mempunyai hak untuk mendapatkan pendidikan. 

Beliau menambah, jika kesalahan tersebut didapati serius oleh pihak polis, Kementerian Pendidikan juga bakal melakukan proses intervensi untuk melakukan pemulihan terhadap pelajar-pelajar tersebut. Kumpulan pelajar perempuan tersebut juga boleh dipindahkan ke sekolah pemulihan akhlak seperti Sekolah Henry Gurney. 

Video kumpulan pelajar perempuan tersebut tersebar di media sosial pada 31 Julai lalu dikatakan berpunca dari tidak puas hati kerana berebut seorang pelajar lelaki. 

-

___________________________
Jom tengok rancangan baru Siakap Keli x Kaki Share iaitu Akak Travel tonton video best ni :

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts