Tuah menu lambang perpaduan | Harian Metro

by Oh! Semput


7
SHARES
96
VIEWS
Posted on 04 Oct 2017 01:02:06

Kota Bharu: Dengan mempertaruhkan menu yang melambangkan perpaduan Malaysia, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pantai, Wilayah Persekutuan Labuan dinobatkan juara Pertandingan Memasak Sekolah Menengah MAGGI 2017, kelmarin.

Sebelum ini, SMK Pantai menjadi johan pertandingan anjuran MAGGI dengan kerjasama Kementerian Pendidikan itu pada 2012.

Sekolah diiktiraf International Baccalaureate World School oleh International Baccalaureate Organization itu menewaskan 15 sekolah lain menerusi masakan Cina Hokkien iaitu mee hoon kueh, ubi kepal, pais ikan dan kerabu si jantung pucuk ubi.

Ketua kumpulannya Evania Liew Hui Chen, 13, berkata, komunikasi yang baik antara dia dan dua lagi ahli kumpulannya, Siti Zurida Mohd Affendi Male, 14, dan Fazira Rundang, 15, membolehkan mereka memasak tanpa tekanan.

“Kami mudah melakukan tugasan apabila dapat berkomunikasi dengan baik dan saya rasa inilah kelebihan kami. Lagipun peserta yang mengambil bahagian sangat berbakat dalam dunia masakan.

“Cuma untuk memantapkan rasa dan beri kelainan, kami sentiasa mencari idea dan bekerjasama dengan menambah baik resipi sedia ada. Menu yang dipilih pula adalah yang jadi kesukaan rakyat Malaysia.

“Kemenangan ini hasil kerja berpasukan, persefahaman dan keyakinan yang tinggi bagi mencabar kemampuan diri kami,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Memasak Sekolah Menengah MAGGI Peringkat Kebangsaan di Dewan Sri Tunjong, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan, di sini, kelmarin.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts