Laudya Cynthia Bella Muat Naik Foto Bersama Engku Emran

by Oh! Semput


3
SHARES
44
VIEWS
Posted on 11 Jul 2017 09:00:09

Percintaan pelakon Indonesia, Laudya Cynthia Bella dan bekas suami Erra Fazira, Engku Emran nampaknya semakin serius meskipun kedua-duanya tidak pernah mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung status hubungan mereka.

Terbaru, Bella ada memuat naik fotonya bersama Engku Emran yang turut disertai oleh Nora Danish dan suaminya Nedim Nazri.

Foto berkenaan mencuri perhatian netizen kerana Bella ada meletakkan kapsyen loves yang memberikan maksud kesayangan.

Rata-rata peminat pasangan sensasi ini mendoakan agar hubungan yang terjalin berkekalan sehingga akhir hayat. Ramai juga tidak sabar sebenarnya ingin melihat Bella dan Engku Emran bersatu sebagai suami dan isteri.

: Beautifulnara

: Siakapkeli

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts