Buat lawak tak senonoh terhadap Fazura, netizen gesa kontrak Lan Pet Pet dihentikan

by Oh! Semput


10
SHARES
127
VIEWS
Posted on 08 Feb 2026 10:34:38

Tindakan ahli kumpulan Senario, Lan Pet Pet yang didakwa melontarkan lawak tak senonoh terhadap pelakon Nur Fazura kini mengundang kecaman hebat netizen, malah ada yang menggesa agar kontraknya ditamatkan.

Lawak tak senonoh ketika siaran langsung di TikTok

Isu itu tercetus selepas satu potongan klip siaran langsung di TikTok tular, memaparkan Lan atau Mazlan Ahmad, 57, menghadiri sesi perjumpaan bersama peminat bagi sebuah jenama pakaian yang turut disertai Fazura.

Dalam sesi berkenaan, seorang peminat bertanya mengenai perancangan perkahwinan Fazura, namun aktres itu menjelaskan beliau tidak mempunyai masa untuk memikirkan soal jodoh buat masa ini.

Lawak tak senonoh ditujukan ke Fazura?

Soalan tersebut bagaimanapun menarik perhatian Lan yang kemudiannya memberi respons berunsur ‘double meaning’ sehingga menimbulkan rasa kurang senang ramai pihak.

“Hampa tunggu sat… bagi dia ‘kering’ dahulu. Baru dua tahun (bercerai), bagi masuk tiga tahun bagi dia ketat sikit,” katanya.

alt

Netizen gesa hentikan kontrak

Susulan kenyataan itu, ramai netizen tampil mengecam dan menyifatkan gurauan tersebut sebagai tidak wajar, tidak sensitif serta mencemarkan maruah seorang wanita.

Ada juga yang berpendapat lawak sedemikian melampaui batas dan tidak sepatutnya dilontarkan secara terbuka, sekali gus mencetuskan gesaan supaya tindakan tegas diambil terhadap Lan Pet Pet memandangkan dia kini merupakan duta kepada jenama pakaian raya terkenal.

alt

Lawak biadap dan tak kelakar

alt

Sangat berlebihan dan hilang hormat

alt

Langsung tak hormat perempuan

alt

Artikel lain: Biarkan penyondol tabur fitnah, runtuhkan rumah tangga orang hingga cerai itu lebih dahsyat – Fazura

Difahamkan, ketika ini Lan Pet Pet merupakan duta kepada satu jenama pakaian raya terkenal dimana Fazura pula menjalinkan kerjasama dengan berkolaborasi dengan syarikat tersebut.

Gurauan berkenaan berlaku secara siaran langsung di platform TikTok sewaktu pelawak terbabit menjawab soalan daripada salah seorang peminat di ruangan komen.

: Threads nrblqsftnnbhh

Ad test

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts