by Oh! Semput
Berita penemuan selamat pendaki wanita, Jaslinda Saludin selepas 14 hari dilaporkan hilang di dalam hutan nyata melegakan ramai pihak termasuk seluruh rakyat Malaysia yang mengikuti rapat operasi mencari dan menyelamat (SAR) tersebut.
Namun di sebalik khabar gembira itu, tular pula satu kisah menarik melibatkan seorang lelaki yang seakan-akan sudah dapat menjangka lokasi Jaslinda ditemui beberapa hari lebih awal.
Menerusi satu ruangan komen di media sosial yang kini kembali menjadi perhatian netizen, seorang pengguna bernama Safarudin Daud dilihat meninggalkan komen lima hari sebelum Jaslinda ditemui.

“Kemungkinan besar dia (Jaslinda) akan ditemui sekitar Pos Musoh, insya-Allah.”
Apa yang mengejutkan ramai, Jaslinda akhirnya benar-benar ditemui berhampiran kawasan sungai di Kampung Lubuk Gaharu yang terletak berdekatan Pos Musoh.
Susulan itu, ramai netizen mula tertanya-tanya sama ada lelaki tersebut memiliki naluri luar biasa atau pengalaman mendalam berkaitan kawasan hutan.
Persoalan itu akhirnya terjawab apabila anak kepada Safarudin tampil menjelaskan perkara sebenar di sebalik komen yang dianggap seperti ‘ramalan tepat’ tersebut.

“Itu abah saya. Dulu dia pernah bekerja dengan Pejabat Kesihatan di bawah satu unit khas. Tidak terkira berapa banyak masa yang dihabiskan untuk menguruskan misi di kawasan pedalaman hutan bagi merawat masyarakat Orang Asli.”
Menurutnya lagi, pengalaman luas bapanya yang banyak terlibat dengan tugasan di kawasan pedalaman menjadikan beliau sangat arif dengan keadaan hutan termasuk laluan sungai dan kebiasaan pergerakan individu yang sesat.
Pendedahan itu sekali gus membuatkan ramai netizen kagum dengan pengalaman dan ilmu lapangan yang dimiliki Safarudin, selain menganggap ia bukan sekadar kebetulan biasa.
Dalam masa sama, kisah tersebut turut menjadi peringatan kepada orang ramai mengenai pentingnya menghormati alam semula jadi dan tidak memandang rendah pengalaman individu yang sudah lama terlibat dengan kehidupan di kawasan pedalaman.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
Lelaki Ini ‘Teka’ Dengan Tepat Lokasi Jaslinda Ditemui, Rupanya Bukan Calang-Calang orang – “Dulu Dia Pernah…” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.