Lelaki Ditahan Imegresen Hanya Kerana Muka Sudah Berubah Lepas Kurus

by Oh! Semput


6
SHARES
83
VIEWS
Posted on 13 Oct 2016 16:00:52


CEMAS… Demikian yang dirasai seorang lelaki Malaysia apabila ditahan pihak imigresen Hong Kong ketika pergi melancong di negara itu, pada bulan Ogos.

Semuanya gara-gara pihak berkuasa negara itu meragui pasport miliknya, kerana wajah dirinya kini tidak sama dengan gambar dalam buku itu.

Dek kerana itu, Syahir ditahan selama 30 minit dan terpaksa berdepan dengan pelbagai soalan bertalu-talu termasuk adakah passport itu miliknya.

Jom kita baca pengalaman Syahir ditahan di luar negara dan mengapa wajahnya berubah? Ini kisahnya…

Aku pun ada cerita jugak. Last bulan 8 aku pergi Hong Kong, tersangkut kat imigresen Hong Kong sebab apa?

Sebab aku punya rupa lain, dulu masa aku renew pasport tahun lepas Oktober memang gemuk, so bulan January dulu aku start diet and etc. So kurus lah.

Kena tahan dalam 30 minit jugaklah depan immigration kena jawab soalan ni;



Can I have your name please? What is your dob?
The purpose come here? It is you? (referring pasport aku)

Then muka ketat lepastu nak dekat selesai tu diorang siap tanya aku lagi,

You so thin now, exercise a lot? (Dia buat jogging punya sign)

Aku nak tergelak pun ada and cuak pun ada. Member dah lepas dah. Aku sorang je hahahaha.

Setelah hampir 30 minit disoal siasat, barulah pihak berkuasa negara percaya lalu melepaskannya.

Sementara itu, netizen yang membaca pengalaman Syahir terkekeh-kekeh ketawa membayangkan nasib lelaki itu.

Memang benar, dapat kuruskan badan merupakan idaman semua orang tapi kalau sampai berubah wajah dan berbeza daripada dokumen pengenalan memang sukar orang lain mahu percaya. Haha…

Apa pun, sentiasalah kemas kini dokumen agar tidak mengelirukan orang lain. Nanti tak pasal-pasal timbul pula masalah lain.


SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts