Lelaki Indonesia Guna MyKad Hilang Untuk Jadi Peneroka FELDA, Berkahwin & Miliki Aset

by Oh! Semput


12
SHARES
162
VIEWS
Posted on 05 Sep 2016 17:00:11



SEREMBAN, 5 Sep: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menahan seorang lelaki warga Indonesia yang berusia 52 tahun selepas dia didapati menggunakan identiti warga tempatan bukan sahaja untuk berkahwin, malah memiliki aset termasuklah rumah serta kereta sejak 30 tahun lalu.

Menurut Ketua Unit Pendakwaan JPN, Mohd Fazdhly Abdul Razak, suspek mempunyai empat anak hasil perkahwinan dengan seorang wanita tempatan.

Selain itu, suspek juga menggunakan kad pengenalan yang pernah dilaporkan hilang lebih 20 tahun lalu itu untuk menjadi peneroka FELDA.

Suspek ditahan oleh penguatkuasa JPN dalam satu serbuah di rumahnya di sebuah tanah rancangan FELDA di Gemencheh, Tampin, kelmarin.

"Kesalahan itu dikesan apabila seorang lelaki datang ke pejabat JPN membuat semakan mengenai status MyKad digunakan suspek. Pemeriksaan mendapati, suspek pernah disiasat kerana didakwa menggunakan kad pengenalan milik orang lain pada 1995.

"Dia bagaimanapun melarikan diri ketika siasatan dilakukan JPN ketika itu. Suspek kini direman dan disiasat mengikut Peraturan 25(1)(b) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007) dan akan didakwa Rabu ini," katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan di Putrajaya, hari ini.

BH Online

Siakap Keli News

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts