Lelaki Maut Kemalangan Libatkan Dua Kenderaan Pelbagai Guna (MPV) Di Jalan Temerloh-Bera Berhampiran Sekolah Kebangsaan Durian Tawar

by Oh! Semput


3
SHARES
35
VIEWS
Posted on 03 Jul 2026 13:32:12

KUANTAN: Seorang lelaki maut dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan pelbagai guna (MPV) di Jalan Temerloh-Bera berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Durian Tawar, Bera pada Jumaat.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Salahuddin Isa berkata, kemalangan yang dilaporkan pada jam 9.59 pagi itu melibatkan MPV jenis Perodua Alza dan Toyota Alphard.

Menurutnya, pemandu Perodua Alza, seorang lelaki berusia 37 tahun, maut di lokasi kejadian manakala pemandu Toyota Alphard berusia 29 tahun dilaporkan cedera ringan.

"Mangsa yang maut tersepit dalam kenderaannya manakala pemandu Alphard telah dikeluarkan oleh orang awam sebelum bomba tiba.

"Sepasukan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Triang ke lokasi selepas panggilan diterima bagi bantuan menyelamat," katanya.

Mohd Salahuddin berkata, mayat mangsa yang tersepit dalam kenderaannya dikeluarkan menggunakan peralatan menyelamat dan pengusung.

"Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut, manakala mangsa yang cedera ringan dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan," ujarnya. #sinarharian

http://www.pahangdaily.blogspot.com

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts