Lelaki Rusia Beli Kad Grafik RTX 5070 Ti, Tapi Dapat Botol Air Mineral 2L

by Oh! Semput


4
SHARES
54
VIEWS
Posted on 31 Jul 2026 04:00:26

Nasib abang dari Rusia ini memang haru-biru! Bayangkan, selepas menghabiskan hampir 90,000 rubel (kira-kira RM4,300) demi mendapatkan kad grafik idaman RTX 5070 Ti dari kedai Wildberries, sebaliknya yang sampai di tangannya adalah botol air mineral dua liter.

Terkesan dengan kisah malang rakan lain yang pernah membeli RTX 5080 dari kedai yang sama tetapi mendapat botol makanan tambahan, lelaki ini enggan berganjak dari kedai dengan memaksa pekerja kedai menyaksikan proses unboxing sambil dirakam rakan.

Kes sebelum ini yang melibatkan seorang lelaki membeli kad RTX 5080 dan membukanya di rumah mendapati kad itu telah digantikan dengan bungkusan makanan tambahan.

Hasilnya, terbongkarlah taktik licik dan kali ini dia pula yang terkena menjadi mangsa.

Bayangkan dari perasaan teruja dan gembira mahu upgrade PC, bertukar menjadi kecewa dalam sekelip mata.

Apa yang lebih mengecewakan adalah, kes melibatkan mangsa sebelum ini seakan berlalu begitu sahaja tanpa mendapat kad grafik yang dipesan atau mendapatkan semula wang walaupun sudah 2 bulan berlalu.

Malah polis pun didakwa telah menutup aduan tanpa sebarang maklum balas.

https://x.com/diol2n/status/2082750221285548213?s=20

{suggest}

Lelaki Rusia Beli Kad Grafik RTX 5070 Ti, Tapi Dapat Botol Air Mineral 2L WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts