Lelaki Sengaja Rompak Bank Supaya Boleh Masuk Penjara & Jauhkan Diri dari Isteri

by Oh! Semput


13
SHARES
172
VIEWS
Posted on 08 Sep 2016 13:00:08

Kansas - Seorang lelaki bertindak merompak sebuah bank minggu lalu untuk masuk ke dalam penjara supaya boleh mengelak dari isiterinya.

Menurut dokumen mahkamah, Lawrence John Ripple, 70, memberitahu dia lebih rela hidup dalam penjara dari berada di rumah selepas satu pergaduhan tercetus antara dia dan isterinya.

Dalam kejadian 'rompakan' itu, Lawrence menulis satu nota yang mengatakan dia mempunyai sepucuk pistol dan mahukan wang. Lawrence kemudian berjalan memasuki bank dan memberi nota itu kepada penjaga kaunter.

Penjaga kaunter itu kemudian memberi Lawrence wang $3,000 (RM12,000).

Namun selepas mendapat wang itu, Lawrence tidak segera melarikan diri, sebaliknya menunggu di lobi dan mengaku kepada pengawal sekuriti bahawa dia adalah suspek rompakan.

Dia kemudian ditahan oleh polis dan wang $3,000 itu dikembalikan kepada bank.

Selepas ditahan, Lawrence memberitahu pengawai polis bahawa dia bertindak sedemikian kerana tidak lagi tahan tinggal bersama isterinya.

Lawrence didakwa di mahkamah pada Selasa dan kini dipenjarakan di penjara persekutuan di Leavenworth, Kansas.

Dokumen mahkamah itu bagaimanapun tidak menyatakan punca pergaduhan Lawrence dan isterinya - Siakapkeli.my

dw.comReuters.com

Siakap Keli News

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts