3 Lelaki Sumbat Lembu Dalam Toyoto Vios Gagal

by Oh! Semput


28
SHARES
360
VIEWS
Posted on 17 Mar 2017 04:01:26


KUANTAN – Cubaan tiga lelaki untuk mencuri seekor lembu di Kampung Pantai Sepat di sini gagal selepas tindakan mereka cuba memuatkan seekor lembu ke dalam kereta Toyota Vios disedari seorang penduduk di sini, pagi ini.

Saksi Mohd Amirul Azahar, 24, berkata beliau menyedari kejadian itu sekitar 6.30 pagi, semasa dalam perjalanan ke Kampung Cempaka di sini, untuk menangkap ikan.

“Tiga lelaki itu kemudiannya melarikan diri ke dalam belukar berhampiran apabila menyedari kehadiran saya.

“Saya kemudiannya memanggil penduduk kampung dan kami berpecah untuk mencari mereka, tapi tidak berjumpa,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.


Mohd Amirul menambah penduduk kampung percaya lembu itu telah diberi ubat pelali bagi melemahkannya kerana terdapat ubat berkenaan di dalam kereta tersebut.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Abdul Aziz Salleh semasa dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata setakat ini, polis sedang mengesan pemilik kenderaan itu.

“Bagaimanapun, sehingga kini, kami masih belum menerima laporan polis daripada pemilik lembu itu,” katanya. – BERNAMA

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts