Letupan Bas Dortmund : Bartra Jalani Pembedahan

by Oh! Semput


3
SHARES
38
VIEWS
Posted on 12 Apr 2017 02:00:43

Dortmund

AKSI suku akhir pertama Liga Juara-Juara antara Borussia Dortmund dan Monaco ditangguhkan selepas bas yang membawa pasukan dari Jerman itu menjadi sasaran letupan bom, awal pagi Rabu.

upan itu menyebabkan penjaga gol Sepanyol, Marc Bartra cedera dan dikejarkan ke hospital berdekatan untuk rawatan.

Ketua Eksekutif Hans-Joachim Watzke berkata Barta mengalami kecederaan ringan di tangannya.

Bas membawa pasukan Dortmund itu dikatakan dalam perjalanan dari hotel penginapan pasukan menuju ke Stadium Borussia, kira-kira 10 kilometer dari lokasi serangan.

Polis Jerman berkata letupan berlaku kira-kira pukul 6 petang berhampiran bas pasukan itu di Wittbraucker Strass yang mengakibatkan cermin bas tersebut berkecai.

Seorang jurucakap polis memberitahu tiga siri letupan berlaku dekat bas pasukan itu ketika meninggalkan hotel untuk menuju ke stadium.

Selepas siasatan dilakukan, polis menyifatkan serangan itu dilakukan menggunakan bahan letupan berbahaya.

Perlawanan itu akan diadakan semula pada Rabu kira-kira pukul 5.45 petang waktu United Kingdom.

's

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts