Mahkamah Sesyen Jatuhkan Hukuman Denda RM200,000 Kepada Seorang Lelaki Atas Kesalahan Ceroboh Tanah Kerajaan Negeri Pahang

by Oh! Semput


4
SHARES
51
VIEWS
Posted on 19 May 2026 10:01:50

KUANTAN: Mahkamah Sesyen Kuantan pada Isnin menjatuhkan hukuman denda RM200,000 terhadap seorang lelaki selepas didapati bersalah atas pertuduhan menduduki tanah kerajaan negeri tanpa kebenaran di Kampung Permatang Perawan, Pekan, tiga tahun lalu.

Hakim Azman Mustapha membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan ke atas tertuduh, Cheong Chin Chong.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dipenjara selama 12 bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan selain melucuthakkan dua jengkaut miliknya kepada Kerajaan Negeri Pahang.

Perkara itu dimaklumkan menerusi satu kenyataan kepada Sinar Harian pada Selasa.

Mengikut fakta kes, tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 425(1)(a) Kanun Tanah Negara kerana menduduki tanah kerajaan negeri tanpa kebenaran pihak berkuasa negeri pada 8 Ogos 2023.

Perbuatan itu dilakukan dengan membuat laluan jalan ke kawasan permit pembalakan di lokasi berkenaan menggunakan dua jengkaut.

Tertuduh ditahan anggota penguat kuasa Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP) ketika sedang menjalankan aktiviti tersebut.

Sepanjang perbicaraan yang berlangsung selama satu tahun dua bulan bermula Mac 2025, seramai sembilan saksi pendakwaan dan tiga saksi pembelaan dipanggil memberi keterangan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa UPNP, Muhammad Taqiuddin Azizan bersama Muhammad Faisal Zaini dan Izatul Fairus Loso manakala tertuduh diwakili peguam Kong Yit Har.

Dalam prosiding itu, Muhammad Taqiuddin memohon agar mahkamah mengenakan hukuman berat dan setimpal terhadap tertuduh kerana perbuatan itu.

Hujahnya, perbuatan tertuduh didakwa menyebabkan kerosakan besar kepada struktur tanah di kawasan terbabit selain mengakibatkan ketirisan hasil kepada kerajaan negeri.#SinarHarian

http://www.pahangdaily.blogspot.com

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts