'Dah Makan, Bayarlah!' - Pelanggan Sekeluarga Lari, Restoran Rugi RM92.50

by Oh! Semput


6
SHARES
79
VIEWS
Posted on 13 Feb 2017 19:00:54




AMPANGAN, NEGERI SEMBILAN - Sebuah restoran mengalami kerugian sebanyak RM92.50 gara-gara pelanggannya melarikan diri, Jumaat lalu.

Dalam kejadian jam 5.48 petang di Mokisq Banana Steak Hub, Shazleena Shamsul mendakwa pelanggannya itu telah merancang untuk makan tetapi enggan membuat pembayaran.

"Mereka pergi seorang demi seorang tanpa membuat pembayaran. Mungkin silap dari pihak saya yang tidak teliti dalam menjalankan tugas. Tetapi adalah tanggungjawab pelanggan untuk membayar apa yang telah dimakan.

"Setakat RM10, RM20, kalau tak ada duit nak bayar, saya suruh cuci pinggan. Boleh bincang cara baik," katanya.



Shazleena redha dan menganggap itu bukan rezekinya. Namun kesal pelanggan berkenaan mengambil tindakan sedemikian sedangkan apa yang dimakan tanpa dibayar itu akan menjadi darah daging.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts