“Makin Lama Biar Makin Biadab..” – Ibu Zahirah Macwilson Dakwa Hubungan Dengan Anak Renggang, Nak Jumpa Cucu Pun Bersyarat

by Oh! Semput


5
SHARES
60
VIEWS
Posted on 29 Jun 2026 06:32:42

Ibu kepada pelakon Zahirah MacWilson, Maslinda Yusoff mencuri perhatian ramai selepas memuat naik beberapa luahan di media sosial berhubung hubungan kekeluargaan.

Menerusi perkongsian tersebut, Maslinda mendakwa hubungannya dengan anak sudah tidak lagi rapat sejak Ogos 2024.

Advertisement

Menurut Maslinda, dia sebelum ini sudah beberapa kali cuba memperbaiki keadaan, namun mendakwa usaha tersebut tidak diterima.

Dalam luahan sebelum ini, Maslinda turut meluahkan rasa terkilan apabila mendakwa urusan untuk bertemu cucu juga mempunyai syarat tertentu.

MAK ZAHIRAH

MAK ZAHIRAH MACWILSON

Maslinda kemudian menjelaskan bahawa dia dan suami sudah beberapa kali turun ke Kuala Lumpur bagi cuba memulihkan hubungan berkenaan secara tertutup.

Menurutnya, usaha itu turut dilakukan melalui seorang ustaz yang bertindak sebagai orang tengah, namun masih tidak berjaya.

Katanya lagi, semakin lama perkara itu dibiarkan, keadaan menjadi semakin melampau sehingga membuatkan dirinya tidak lagi mampu berdiam diri.

Bagaimanapun, Maslinda tidak memperincikan punca sebenar hubungan mereka menjadi renggang.

Setakat ini, Zahirah MacWilson belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung luahan ibunya itu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Fazley
2026-06-26 15:45:38

"Terima Kasih S****g" - Buat Ucapan 'Manis', Netizen Doakan Datuk Fazley Berjodohan Dengan DS Vida

“Makin Lama Biar Makin Biadab..” – Ibu Zahirah Macwilson Dakwa Hubungan Dengan Anak Renggang, Nak Jumpa Cucu Pun Bersyarat first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts