MAKLUMAN JADUAL LARANGAN PEMANDUAN SEMPENA PERAYAAN HARI RAYA AIDILFITRI (HRA) 2026

by Oh! Semput


10
SHARES
128
VIEWS
Posted on 16 Mar 2026 08:00:31

alt

Menurut Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ):

KENDERAAN BARANGAN SEMPENA PERAYAAN HARI RAYA AIDILFITRI (HRA) 2026

Tarikh Larangan:
19 & 20 Mac 2026 dan 28 & 29 Mac 2026


Kategori

1. Masa Larangan: Sepanjang Masa

• Lori pengangkut kenderaan & lori jongket > 7,500 KG
• Lori pengangkut rendah
• Pole trailer
• Lori tangki simen
• Platform trailer
• Lori balak
• Jentera berat beroda & traktor
• Lori pengangkut barangan binaan & bahan hasil galian


2. Masa Larangan: 8.00 malam hingga 8.00 pagi

Lori kontena yang mengangkut barangan (kecuali lori kontena yang mengangkut barangan dari pelabuhan atau lapangan terbang ke kawasan industri dalam negeri yang sama & sebaliknya)
• Lori mengangkut barangan elektronik/elektrik/bahan kimia industri dari pelabuhan atau lapangan terbang
• Lori yang mengangkut kelapa sawit & susu getah dari pelabuhan atau lapangan terbang ke kawasan industri dalam negeri yang sama & sebaliknya
• Lori tanpa muatan


3. Masa Larangan: 6.00 petang hingga 6.00 pagi
Jarak ≥ 25 km dari tapak pembinaan tertakluk kepada had operasi yang dibenarkan

• Kren bergerak
• Lori pembancuh simen


Nota

1. Jentera berat beroda & kren bergerak adalah diberi pengecualian melaksanakan kerja-kerja kecemasan.

2. Mana-mana kenderaan barangan atau dengan jenis barangan yang tidak dinyatakan dalam jadual adalah dibenarkan menggunakan kenderaan dalam tempoh larangan.

SUMBER:

Facebook Rasmi JPJ

Instagram Rasmi JPJ


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI

Ad test

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts