by Oh! Semput

Menurut Kementerian Manusia (KESUMA):
KESUMA menegaskan komitmennya untuk terus memperkukuh agenda Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sebagai pemacu utama pembangunan modal insan dan ekonomi negara.
Menerusi satu siaran media bertarikh 3 Jun 2026, Menteri Manusia, YB Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan, menyatakan bahawa TVET kini menjadi antara agenda strategik negara dalam mendepani perubahan landskap ekonomi global yang dipacu oleh kecerdasan buatan (AI), automasi dan pendigitalan industri.
Menurut beliau, TVET bukan sekadar sistem latihan kemahiran, malah menjadi asas kepada ketahanan ekonomi, kekuatan industri dan daya saing negara pada masa hadapan.
KESUMA turut memaklumkan bahawa pembangunan bakat negara akan terus diperkukuh melalui latihan berteraskan industri dengan sokongan Industry Lead Body (ILB) dan Future Skills Talent Council (FSTC).
Antara pencapaian yang dikongsikan ialah kadar kebolehpasaran graduan institusi latihan di bawah KESUMA yang mencapai 95.5% dalam tempoh enam bulan selepas tamat latihan. Daripada jumlah tersebut, 85.1% graduan bekerja dalam bidang yang berkaitan dengan latihan yang diikuti, manakala kadar kepuasan majikan mencecah 97.2%.
Selain itu, bagi ambilan UP_TVET Perdana Julai 2026, lebih 20,000 tempat pengajian ditawarkan melibatkan 315 institusi TVET di seluruh negara bagi membuka lebih banyak peluang kepada generasi muda mendapatkan latihan kemahiran berkualiti.
Orang ramai disarankan untuk merujuk saluran rasmi KESUMA bagi mendapatkan maklumat yang tepat dan terkini berkaitan inisiatif serta program TVET negara.
SUMBER: