Makluman: Laporan Gempa Bumi Lemah Di Negeri Sabah Dan Sarawak Pada 2 Jun 2026

by Oh! Semput


3
SHARES
41
VIEWS
Posted on 04 Jun 2026 15:00:32

alt

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia):

Satu gempa bumi lemah bermagnitud 2.9 dengan kedalaman 10 km telah berlaku di Ranau, Sabah pada jam 10.36 pagi, 2 Jun 2026. Gempa bumi tersebut berpusat pada latitud 6.07° Utara dan longitud 116.58° Timur.

Gegaran turut dirasai di beberapa kawasan sekitar Kundasang, Ranau dan Kota Belud, Sabah.

Pada hari yang sama, jam 10.33 malam, satu lagi gempa bumi lemah bermagnitud 2.9 dan kedalaman 10 km telah berlaku di Mambong, Sarawak. Gempa bumi tersebut berpusat pada latitud 1.32° Utara dan longitud 110.39° Timur.

Gegaran turut dirasai di beberapa kawasan sekitar Samarahan dan Serian, Sarawak.

MET Malaysia akan terus memantau keadaan ini dan mengeluarkan makluman dari semasa ke semasa. Orang ramai tidak perlu bimbang kerana gempa bumi yang berlaku adalah pada magnitud lemah.

SUMBER:

Facebook Rasmi MET


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI

Ad test

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts