Makluman: PERKESO Lanjutkan Ops Kesan dan Bulan Pemutihan Sehingga 30 Jun 2026

by Oh! Semput


2
SHARES
32
VIEWS
Posted on 24 Jun 2026 15:00:23

alt

Menurut Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO):

Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) mengumumkan lanjutan pelaksanaan Ops Kesan dan Bulan Pemutihan sehingga 30 Jun 2026 bagi memberi lebih banyak masa kepada majikan yang belum mendaftar dan mencarum pekerja mereka untuk tampil secara sukarela.

Menurut PERKESO, lanjutan tempoh tersebut adalah sebahagian daripada usaha berterusan untuk memperluaskan liputan perlindungan sosial kepada semua pekerja di Malaysia selaras dengan prinsip “no one left behind”.

Mulai 1 Jun 2026, PERKESO turut memperluaskan perlindungan di bawah Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK) dengan menyediakan perlindungan selama 24 jam kepada pekerja bagi kemalangan yang tidak berkaitan dengan pekerjaan. Pada masa yang sama, pendekatan advokasi, pendidikan dan khidmat nasihat kepada majikan akan terus diutamakan sebelum sebarang tindakan penguatkuasaan dilaksanakan.

PERKESO memaklumkan bahawa lanjutan Bulan Pemutihan turut mengambil kira tempoh sambutan Aidiladha, cuti umum Hari Wesak dan Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Langkah ini memberi peluang tambahan kepada majikan untuk memenuhi tanggungjawab mereka dalam memastikan kebajikan pekerja terus terjamin melalui perlindungan sosial yang komprehensif.

Sehingga pelaksanaan Bulan Pemutihan pada Jun 2026, sebanyak 5,289 majikan serta 44,660 pekerja yang terdiri daripada 30,632 pekerja tempatan dan 14,028 pekerja asing telah berjaya didaftarkan di bawah skim PERKESO.

Dalam tempoh yang sama, PERKESO turut memaklumkan bahawa sebanyak 609 notis Faedah Caruman Lewat Bayar (FCLB) di bawah Akta 4 telah melibatkan majikan baharu dengan jumlah pengecualian bernilai RM33,630.00.

PERKESO menjelaskan bahawa lanjutan tempoh ini juga mengambil kira pelaksanaan Portal ASSIST 2.0, yang bakal diperkenalkan dengan pelbagai penambahbaikan bagi meningkatkan kemudahan serta kecekapan urusan majikan.

Agensi itu turut menegaskan bahawa selepas tamat tempoh Ops Kesan dan Bulan Pemutihan pada 30 Jun 2026, tindakan penguatkuasaan akan dipertingkatkan bagi memastikan pematuhan terhadap peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

Majikan yang gagal mendaftar dan mencarum pekerja sebagaimana ditetapkan boleh dikenakan tindakan penguatkuasaan termasuk kompaun, Faedah Caruman Lewat Bayar (FCLB) serta pendakwaan di mahkamah mengikut peruntukan undang-undang yang berkaitan.

SUMBER:

Facebook Rasmi PERKESO

Instagram Rasmi PERKESO

X Rasmi PERKESO


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI

Ad test

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts