Malaysia Merupakan Destinasi Terbaik Pelaburan – JEETRO

by Oh! Semput


3
SHARES
45
VIEWS
Posted on 12 Apr 2017 12:01:03

Pertubuhan Perdagangan Luar Jepun (JETRO) menyifatkan Malaysia adalah destinasi yang terbaik untuk pelabur berbanding negara-negara membangun yang lain.

Pengarah Urusan JETRO Malaysia, Akira Kagita berkata, negara itu mempunyai potensi yang amat besar untuk terus berkembang.

Beliau berkata, ini semua kerana usaha Kerajaan Malaysia juga telah mewujudkan pelan ekonomi yang komprehensif melalui lima wilayah ekonomi.

“Malaysia adalah negara terbaik untuk melabur berbanding negara-negara lain dengan kos yang amat berpatutan serta sokongan infrastruktur yang baik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada Seminar Peluang Perniagaan di Malaysia di sini hari ini.

Yang turut hadir Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Kagita berkata, selain itu, tahap pendapatan penduduk di negara tersebut semakin meningkat pada setiap tahun.

“Dari aspek populasi pula, penduduk Malaysia terus bertambah dan golongan berusia 20 sehingga 40 tahun amat besar.

“Malah dalam beberapa bidang industri, kedudukan Malaysia lebih baik dari Jepun,” katanya.

's

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts