by Oh! Semput
Laporan Malaysiakini mendakwa Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli memaklumkan individu yang menerima dana daripada 1MDB adalah bekas pemimpin kanan PAS.
Tindakan individu itu menimbulkan kemarahan bekas Mursyidul Am PAS, Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat kerana ia cuba ingin menjalin hubungan antara partinya dengan Umno.
“Beliau menjadi jambatan antara Umno dan PAS,” kata ahli Parlimen Pandan itu kepada Malaysiakini.
Malah, menurut Rafizi, individu berkenaan pernah ditegur oleh Nik Aziz dalam beberapa kejadian.
Walau bagaimanapun, pemimpin PKR itu masih merahsiakan identiti individu berkenaan dan berkata, beliau akan mendedahkan butirannya minggu ini.
Apabila ditanya mengenai sejauh mana bukti dakwaan beliau, Rafizi menjawab: “Saya fikir ia akan memfokus segala-galanya dan usaha menutup isu 1MDB. Ia akan membawa fokus semula kepada 1MDB.”
Kerajaan menafikan sebarang usaha cuba menutup isu 1MDB dana berjanji akan mendldahkan segalanya kepada umum.
Sementara itu, Rafizi berkata beliau perlu menunggu beberapa hari sebelum mendedahkan maklumat lanjut kerana mahu menjelaskan isu pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Akta 355) mengikut perspektif Islam.
Beliau berkata umat Islam perlu diberitahu bahawa lebih banyak perdebatan diperlukan berhubung isu itu berbanding apa yang digambarkan oleh Umno.
“Selepas ini, jika saya dedahkan individu itu, rakyat akan lebih memahami,” katanya.
Minggu lalu, Rafizi membuat kejutan apabila mendedahkan terdapat individu yang rapat dengan PAS menerima dana daripada akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Beliau juga mencabar Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk mengulas dakwaannya.